The Star Online: Most Viewed: Nation

Selasa, November 04, 2008

LAWAK AWET MUDA

PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"

MANGGA

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"

SIAPA BANGANG

Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Pulak... "

RAHSIA MENANGKAP IKAN

Adaseorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV9 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV9 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri pakciktidur bila pakcik bangun pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV9 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu... "
CrewTV9 : "O, ye ke... "

MALUNYA

Seorang wanita muda telah terberanak di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk pujukdier keluar.
Pakar ilmu jiwa tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih."
Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."
pakar ilmu jiwa itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata pakar ilmu jiwa tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak,uhwaaa.. .. !!!"
Pakar ilmu jiwa itu tak tahu nak cakap aper.

Ahad, November 02, 2008

KONTRAK DATUK BANDAR ALOR STAR TELAH TAMAT


Khidmat Dato Mukti Abdullah sebagai Dato Bandar Majlis Bandaraya Alor Star dikatakan tidak disambung oleh kerajaan negeri.
Menurut sumber Wisma darulaman, kontrak Dato Mukti tidak akan disambung dan keputusan mengenai perkara itu telahpun dimaklumkan kepada beliau.
"Kerajaan negeri kini sedang menimbang beberapa orang calon yang akan dilantik sebagai Dato Bandar" jelas sumber itu.
Nama-nama mereka yang bakal dilantik dimaklumkan akan dihantar untuk mendapat berkenan KDYMM Sultan Kedah.
"MB dijangka membuat pengumuman siapa yang bakal menduduki kerusi panas itu sedikit masa lagi" kata sumber itu lagi.
Dalam pada itu, beberapa anggota KCS nyata kecewa dengan keputusan itu.
Menurut mereka Dato Mukhti mempunyai rekod yang cemerlang sepanjang kerjayanya.Beliau merupakan seorang Ketua yang sanngup mendengar masalah anggota. Keputusan yang beliau ambil jika membuat sesuatu tugas akan mengambil kira kewangan Majlis.
"kami sendiripun confuse apa kreteria sebenarnya yang diguna pakai untuk proses sambung kontrak ini. Sepatutnya yang tidak disambung kontrak adalah Dato Syed Unan tetapi kini Dato Mukti pula yang dilihat seolah-olah jadi mangsa dalam game ini" jelas beliau yang enggan namanya disiarkan.
Antara yang disebut-sebut bakal mengisi jawatan Dato Bandar MBAS ialah Pengarah UPEN, Dato Bisharuddin Jamil...WALLAHUALAM

Selasa, September 30, 2008

MB Kedah terkejut - Orang ramai serbu minta duit raya



ALOR STAR – “Orang ramai dijemput ke pejabat Menteri Besar Kedah untuk menerima duit raya, RM50 pada 29 September, dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari.”

Begitulah kandungan risalah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu di sekitar masjid di bandar raya ini sehingga menyebabkan pintu masuk Wisma Darul Aman sesak diserbu orang ramai seawal pukul 7 pagi semalam.

Keadaan tersebut mengejutkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di pejabatnya di sini yang tidak tahu menahu mengenai kewujudan risalah tersebut.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kira-kira 500 orang penduduk sekitar bandar ini beratur panjang di pintu masuk Wisma Darul Aman yang juga pejabat kerajaan negeri di sini setelah terbaca risalah palsu terbabit.

Bagaimanapun, kekecewaan orang ramai apabila diberitahu bahawa risalah itu palsu terubat apabila Pegawai Khas Perhubungan Awam, Pejabat Menteri Besar dan kakitangannya menyampaikan duit raya sebanyak RM20 seorang.

Salah seorang warga emas yang ditemui, Maimunah Abdul Rahman, 60, berkata, beliau bersama rakan datang ke pejabat Menteri Besar hari ini (semalam) untuk mengutip duit raya setelah diberitahu pihak masjid semalam.

“Mak cik datang ke sini nak ambil duit raya. Tak sangka ramai pula orang datang dan terpaksa berbaris panjang,” ujarnya.

Seorang remaja, Muhammad Kamal Wahab, 20, berkata, dia dan rakan-rakan telah menunggu sejak awal pagi untuk mendapatkan duit raya yang di janjikan Menteri Besar dalam risalah yang disebarkan di masjid kawasan rumahnya.

“Selain risalah ada juga di kalangan rakan saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS),” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak terkejut dengan kejadian itu.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Penganugerahan Ganjaran kepada atlet sukan Sukma ke 12 yang lalu menganggap kejadian itu seperti gurauan ‘April Fool’ orang yang tidak bertanggungjawab.

*sumber Kosmo Online

Sabtu, September 27, 2008

Dari JAKIM - Status Halal

# Email ini dari JAKIM- Sebarang pertanyaan sila hubungi JAKIM untuk keterangan lebih lanjut
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
i) McDonald
ii) A&W
iii) Secret Recipe

2. Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat
dan piawaian halal :
i) Victoria Station
ii) Kam Lun Tai
iii) Lotus Family Restoran

3. Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
i) San Francisco Steakhouse
ii) Chicken Rice shop
iii) Kiwi Express

4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat. KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

6. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B,syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

7. Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam. Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam

8. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal. Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

9. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

10. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam K wan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese) , Chin oz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

11. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

12. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

13. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

14. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

15. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

Sila layari pautan ini http://www.halal.gov.my

Khamis, September 25, 2008

Wajib Dibaca Oleh Orang Lelaki

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya :
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
( Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang Laki nya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengatai dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... tidak lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat.
Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/kakak atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."
Untuk direnungkan....